Jangan Ragu-Ragu Dengan Islam

8:52 AM Unknown 0 Comments


Jauhilah sikap ragu-ragu dengan Islam. Tidak kiralah siapa pun anda pada hari ini, semalam dan akan datang. Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang benar dan indah.

Banyak juga tafsiran hari ini mengenai keraguan ini. Ceramah mengenai ragu-ragu dengan Islam ini disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Photo Credit: PureIslamDesigns.com
Katakanlah: Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” [12:108]

Ceramah UAI: Ragu-Ragu Dengan Islam




Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri dan kejelekan amal-amal kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang Allah sesatkan maka tidak ada yang dapat memberi hidayah kepadanya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad s.a.w itu hamba dan utusan Allah.



0 comments: