Anjuran Puasa Sunat Sya'ban

5:27 AM Unknown 0 Comments



عن عائشة رَضِيَ اللهُ عنها قالت: لَمْ يكن النبي صلى الله عليه وسلم يَصُومُ مِنْ شَهْرٍ أكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ، فَإنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ. 
وفي رواية: كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلا قَلِيلًا. متفقٌ عليه
قوله: ((كان يصوم شعبان كله))، أي: معظمه.

TERJEMAHAN HADITH


Dari A'isyah r.a melaporkan Nabi S.A.W:

"Tidak pernah berpuasa (sunat) lebih banyak dari bulan Sya'ban. Maka Nabi pernah berpuasa sunat sebahagian besar daripada Sya'aban". Dalam riwayat lain: Nabi berpuasa di bulan Sya'ban kecuali sedikit sahaja hari yang tidak berpuasa.
(Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN HADITH


1. Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan puasa sunat Sya'ban lebih-lebih lagi sebagai persedian diri sebelum datangnya Ramadhan.

2. Seperti yang disebutkan di dalam Hadith di atas ada juga hari-hari yang Rasulullah tidak berpuasa, tidak semestinya perlu berpuasa sebulan penuh Sya'ban.

0 comments: