Kerana Duit Manusia Jadi Gila

4:24 AM Unknown 0 Comments

Kerana Duit Manusia Jadi Gila

Kerana duit manusia menjadi gila tidak hairan lagi pada dunia hari ini. Ramai yang sanggup bergaduh bergadai kerana duit atau wang semata-mata. Sesetengah yang lain pula ada yang sanggung bekerja siang dan malam kerana mencari duit lebih.

Dari beberapa persepsi yang lain bekerja lebih masa tidak salah. Manakala pada persepsi yang lain pula ada menganggap adalah tidak perlu bekerja siang dan malam demi mencari yang lebih. Kerana mereka mengatakan sesungguhnya rezeki itu bukan dari sumber pekerjaan semata-mata.

Jika anda pernah membaca artikel Formula Pantas Seru Rezeki sedikit sebanyak membuka minda dan kesedaran mengenai rezeki dan sistem aturannya.

“Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allah-lah yang akan memberi rezekinya.” (QS Hud [11]: 6).

Allah SWT Yang Menentukan Rezeki Kita


Allah SWT Maha Berkuasa ke atas sesuatu dan senantiasa membantu hamba-hamba Nya yang dalam kesusahan. Apakah kita sentiasa mengingati-Nya semasa waktu senang dan susah? Rezeki yang halal dan diberkati tidak semestinya jumlah yang banyak. Rezeki yang halal dan diberkati adalah menghadirkan kemudahan untuk dalam pelbagai perkara. 

Jiwa dan diri merasa tenang dalam kehidupan. Kehidupan seharian juga menjadi teratur dan terarah. Tambahan itu juga tidak berat untuk beribadah kepada Allah SWT.

Maka tidak kisahlah sekuat mana akita berusaha untuk mendapatkan rezeki. Selagi mana cara dan pekerjaan itu halal serta ikhlas kerana Allah SWT, InsyaAllah rezeki yang kita perolehi adalah halal dan diberkatiNya.

Kerana Duit Manusia Jadi Gila


0 comments: