Kerana Duit Manusia Jadi Gila

Kerana Duit Manusia Jadi Gila

Kerana duit manusia menjadi gila tidak hairan lagi pada dunia hari ini. Ramai yang sanggup bergaduh bergadai kerana duit atau wang semata-mata. Sesetengah yang lain pula ada yang sanggung bekerja siang dan malam kerana mencari duit lebih.

Dari beberapa persepsi yang lain bekerja lebih masa tidak salah. Manakala pada persepsi yang lain pula ada menganggap adalah tidak perlu bekerja siang dan malam demi mencari yang lebih. Kerana mereka mengatakan sesungguhnya rezeki itu bukan dari sumber pekerjaan semata-mata.

Jika anda pernah membaca artikel Formula Pantas Seru Rezeki sedikit sebanyak membuka minda dan kesedaran mengenai rezeki dan sistem aturannya.

“Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allah-lah yang akan memberi rezekinya.” (QS Hud [11]: 6).

Allah SWT Yang Menentukan Rezeki Kita


Allah SWT Maha Berkuasa ke atas sesuatu dan senantiasa membantu hamba-hamba Nya yang dalam kesusahan. Apakah kita sentiasa mengingati-Nya semasa waktu senang dan susah? Rezeki yang halal dan diberkati tidak semestinya jumlah yang banyak. Rezeki yang halal dan diberkati adalah menghadirkan kemudahan untuk dalam pelbagai perkara. 

Jiwa dan diri merasa tenang dalam kehidupan. Kehidupan seharian juga menjadi teratur dan terarah. Tambahan itu juga tidak berat untuk beribadah kepada Allah SWT.

Maka tidak kisahlah sekuat mana akita berusaha untuk mendapatkan rezeki. Selagi mana cara dan pekerjaan itu halal serta ikhlas kerana Allah SWT, InsyaAllah rezeki yang kita perolehi adalah halal dan diberkatiNya.

Kerana Duit Manusia Jadi Gila


Mimpi Ada Dua Jenis

Beberapa persoalan dan pertanyaan mengenai mimpi. Mungkin melalui perkongsian bertajuk mimpi ada dua jenis daripada Ustaz Azhar Idrus ini boleh memberikan sedikit jawapan.
Mimpi Ada Dua Jenis

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa mimpi itu adalah permainan tidur. Segelintir manusia mengatakan mereka mampu mendapat petunjuk sesuatu perkara melalui mimpinya. Mereka turut menyatakan petunjuk dari mimpi sama ada dalam masa yang terdekat atau masa yang lama.

Video Ceramah Mimpi Ada Dua Jenis




Segala tafsiran mimpi tidak semuanya adalah betul kerana ia adalah permainan tidur. Jika betul mungkin menjadi satu kelebihan buat anda.


15 Maksiat Yang Menurunkan Bala


15 Maksiat Yang Menurunkan Bala antara kupasan isi ceramah atau kuliah oleh Ustaz Azhar Idrus. Kehidupan hari ini perkara-perkara mengenai agama menjadi kurang perhatian buat umat Islam. Dunia semakin laju berubah dan banyak kesalahan telah dilakukan oleh generasi pada hari ini.

Firman ALLAH, “Sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 3)

15 Maksiat Yang Menurunkan Bala


15 Jenis maksiat yang bakal menurunkan bala ini adalah kupasan Hadis Rasulullah S.A.W sendiri.

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  3. Zakat dijadikan hutang
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri
  5. Anak derhaka terhadap ibunya
  6. Sedangkan ia anak berbaik-baik dengan kawannya
  7. Dan dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  9. Yang menjadi ketua di antara suatu kaum adalah mereka yang terhina di antara mereka
  10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  11. Arak sudah diminum di merata tempat
  12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung
  14. Muzik banyak dimainkan
  15. Generasi akhir umat ini melaknat atau menyalahkan generasi pertama yakni sahabat atau yang sezaman dengan mereka itu.
Untuk kupasan setiap perkara di atas saksikan kupasan lebih lanjut oleh Ustaz Azhar Idrus.